Tuesday 25 June 2013

SABUN RESDUNG

SABUN RESDUNG

RM8 SEMENANJUNG
RM9 SABAH & SARAWAK
TIDAK TERMASUK POS
Untuk rawatan TERBAIK resdung dalaman dan luaran dapatkan pil resdung dengan harga RM30 semenanjung dan RM35 Sabah dan Sarawak

* Sebaiknya beli lebih dari sebuku, jimat pos

Sabun Resdung (Sinusitis soap) ini diperbuat dari ekstrak buah bunga Tanjung, kulit kayu manis dan herba terpilih. Ia diproses secara tradisional (hand-made) dan dijamin mutu serta kebersihannya. Ia amat sesuai digunakan pada semua peringkat usia.

ANTARA KEGUNAAN:

  1. Merawat resdung.
  2. Menghilangkan gatal-gatal pada muka akibat resdung.
  3. Menghilangkan jeragat pada muka.
  4. Merawat dan menghilangkan jerawat.
  5. Melegakan hidung tersumbat akibat resdung dan simptom-simptomnya.

CARA PENGGUNAAN:

Gosok sabun Resdung dengan kedua tapak tangan sehingga berbuih. Urut perlahan-lahan ke seluruh muka dan biarkan selama 1 hingga 2 minit. Jangan risau sekiranya muka terasa gatal atau miang kerana ia merupakan proses merawat resdung. Untuk menghilangkan kegatalan tersebut dan mendapat kesan yang lebih baik, bolehlah mencuci muka dengan sabun Sirih kemudian bilas dengan air. 

Tindak balas ketika menggunakan sabun Resdung ialah seperti keluar lendir melalui hidung. Ia merupakan kesan dari proses perawatan resdung. Dalam masa 3 hingga 5 hari, ia akan kembali normal, begitu juga ketika membiar 1 hingga dua minit di muka kebiasaannya akan berlaku miang atau gatal di sekitar muka, mata dan hidung. 

Jangan berhenti menggunakan sabun Resdung, guna sehingga apabila dibiarkan selama 1 hingga 2 minit tak berlaku lagi miang dan kegatalan pada muka. Bagi yang mengalami masalah jerawat batu hendaklah digunakan secara berterusan, insyaAllah akan mendapat hasilnya yang memuaskan. (Adakala dalam tempoh perawatan akan keluar jerawat batu besar yang bernanah).

Friday 14 June 2013

SABUN NUUR AURA

SABUN NUUR AURA (IKHTIAR PERCEPAT JODOH)


RM29.90 SEMENANJUNG
RM30.90 SABAH & SARAWAK
TIDAK TERMASUK POS

KHASIAT:

  • Mempermudahkan urusan rezeki (Perniagaan/perkahwinan/Cepat Jodoh)
  • Mempererat dan memulihkan hubungan suami isteri
  • Orang tenang , Senang & Sejuk melihat diri kita .. InsyaAllah
  • Membuka Aura Positif dan menyingkirkan Aura negatif...Bi'aunillah..
  • Ikhtiar pelembab wajah (telah ditestimonikan)..Bi'aunillah

CARA GUNA:

  • Buat mandian seperti biasa. Lebihkan penggunaan pada wajah.
  • Bagi pemulihan / percepat jodoh , amalan mandi sebelum matahari terbitpada tanggal 13hb, 14hb dan 15hb (Ikhtiar dan banyakkan doa)
  • Untuk pelembab muka, biarkan buih sabun dimuka selama 5-10minit (telah ditestimonikan)

Simpan pada suhu bilik





Sunday 9 June 2013

PECAH BELING HERBS

DAUN DAN UNCANG PECAH BELING
PENAWAR TERBAIK 
BATU KARANG & BATU DLM HEMPEDU!!!

Berita baik untuk mereka yang menderita batu karang dan batu di dalam hempedu! Kami ada menjual herba ini dalam bentuk daun atau bunjut atau uncang. 




Nama Saintifik: Strobilanthes crispus
Keluarga: Acanthacea


HARGA : RM2/bunjut


Nama Lain:- Pecah kaca atau pokok pecah beling, jin batu (Malaysia), pecah beling,enyoh kilo, Keci beling atau kejibeling, pokok Batu Karang (Indonesia), sambung getah, (Jawa), remek, reundeu beureum (tanah pasundan). lire (ternate), 黑面将 (sebut sebagai “hei mian jiang jun”) General Muka Hitam / Black face general (Cina).


PENGENALAN
Strobilanthes crispus, tumbuhan ubatan ini dikenali sebagai "Pecah Kaca” dalam bahasa Melayu kerana bunyi daunnya apabila dihancurkan menyerupai bunyi seperti kaca dipecahkan. Ia dari keluarga Acanthaceae yang berasal dari negara tropika seperti Madagascar dan kepulauan Tanah Melayu. Strobilanthes crispus boleh didapati di tebing sungai dan dipadang padang terbiar. ia amat mudah dikelirukan dengan spesies lain cusia Strobilanthes atau Assam Indigo. Kedua-duanya kelihatan serupa tetapi perbezaan utama adalah pada warna bunga.  Assam Indigo menghasilkan bunga berwarna ungu manakala Pecah kaca / beling menghasilkan bunga berwarna kuning, Walau bagaimanapun, ia amat jarang menghasilkan bunga sepanjang tahun.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molikul yang mampu merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.


Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol). Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan perebakkan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan kanser hati dari menjadi lebih serius bagi tikus yang dijangkiti kanser hati.
Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap. Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang dijangkiti diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

KHASIAT DAN KEGUNAAN






  1. Mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. (Kajian UPM)
  2. Ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencat pertumbuhan sel kanser kolon, hati dan buah dada secara semulajadi tanpa kesan sampingan. (Kajian UPM)
  3. Daunnya yang dijadikan teh menunjukkan tahap antioksidan yang tinggi berkesan menurunkan paras gula dalam darah. (Kajian UPM).
  4. Daun tanaman ini selain direbus untuk diminum airnya, ia juga boleh dimakan sebagai salad dan digunakan untuk mengatasi tubuh yang gatal kerana ulat bulu atau semut hitam, caranya dengan mengoleskan daun nya langsung kebagian yang gatal.
  5. Untuk mengatasi cirit-birit, disentri, seluruh bagian dari tanaman ini direbus, selama lebih kurang setengah jam, kemudian airnya diminum.
  6. Daun pecah beling juga dapat mengatasi kencing manis dengan cara dimakan sebagai salad secara teratur setiap hari.
  7. Demikian pula untuk mengubai penyakit hati (sakit kuning), ambien (buasir) dan maag dengan cara dimakan secara teratur.
  8. Penggunaan ekstrak daun sebagai teh herba menyumbang kepadanutrien tambahan dan antioksidan yang diperlukan di dalam tubuh bagi meningkatkan sistem pertahananterutamanya ke arah insiden penyakit-penyakit degeneratif.
Di Indonesia, daun pecah beling digunakan secara tradisi untuk rawatanantikanser, kencing manis,

rawatan fibroid rahim, leukimia, patukan ular dan batu karang.
CARA PENYEDIAANNYA
Selain itu, penyediaan secara tradisional sebagai penawar bagi penyakit  seperti: Tumor, Diabetes melitus, Lever (Sakit kuning), Ambeien (Wasir); Kolesterol, Maag, Kena bisa ulat dan Semut hitam;
1. Tumor

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: Ikan Asin, cabai, tauge, sawi putih, kangkung, nanas, durian, lengkong, nangka, es, alkohol dan tapai, limun dan vitzin.
2. Diabetes Mellitus

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: makanan yang manis-manis.
3.  Liver (sakit Kuning)

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: makanan yang mengandung lemak.
4.  Ambeien (buasir)

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: Daging kambing dan makanan/masakan yang pedas.
5.  Kolesterol tinggi

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: makanan yang berlemak.
6.  Maag

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: makanan pedas atau asam.
7.  Kena Bisa Ulat dan Semut Hitam

Bahan: Daun pecah beling segar 1 helai.

Cara Pemakaian: digosokkan pada bagian tubuh yang gatal hingga daun tersebut mengeluarkan air dan hancur. Dilakukan 2 kali setelah berselang 2 jam.

8. Skit Pinggang
Pohon pecah beling biasanya mudah tumbuh di merata tempat. Ambil 10 helai daunnya, dan direbus setelah dicuci, Biarkan sampai mendidih, kemudian diangkat, Di sejukkan selama dua jam, dan air rebusan itu diminum satu gelas tiga kali sehari.

Tuesday 4 June 2013



     Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sebenarnya, sambutan amat baik dari anda semua, terima kasih diucapkan. Walaupun lokasi kami berada di Semporna Sabah, order ada juga datangnya dari semenanjung Malaysia dan Sarawak. Untuk mereka2 yang berminat dengan mana2 produk kami, rundingan harga boleh dibuat walaupun anda semua datang dari semenanjung malaysia atau Sarawak..Harga pos tetap sama kalau barangan tersebut bawah dari 500gram...1 Malysiapun harga pos tetap sama RM6. Yang lawak tu..kawan rapat di semenanjung tahu dan maklum kami di Sabah dan order dgn org  lain...kemudiannya barang yang diperoleh salah pulak..cari pula saya balik untuk rujuk, harga setanding harga semenanjung, contohnya, Bedak Arab Kokuryu harga RM45 tapi kami boleh runding untuk tambahan RM1 bagi pos ke semenanjung atau tiada bayaran kos pos langsung utk mereka yang repeat order....KESIMPULANNYA, jangan malu dan segan untuk bertanya.. :) sekian dari admin..

Monday 3 June 2013

SABUN AL-BAYT (RAWATAN)

SABUN AL-BAYT
(RAWATAN DALAMAN & LUARAN)

Sepatutnyalah setiap isi rumah memiliki sabun seperti ini. Ia berbaloi dengan wang anda malah khasiat yang dibawanya jauh lebih baik dari nilaian wang anda untuk seisi rumah. Semoga segala ikhtiar kita mampu merawat fizikal dan rohani, selain banyakkan doa memohon pertolongan ALLAH SWT. Bantulah diri anda sekeluarga.



RM15 semenanjung / RM16 Sabah Sarawak
Tidak Termasuk Pos

SEBAGAI IKHTIAR:
  1. Rawatan Gangguan Makhluk Halus/ Jin
  2. Rawatan Kulit Bermasalah/Ruam Lampin
  3. Rawatan Menyegarkan Badan [Terapi Mandian]/Ketiak Berbau
  4. Mencerahkan Kulit Kusam
  5. Menghilangkan Masalah Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut [kanak-kanak] .
  6. Memulihkan masalah kulit yang berkutil.

PERINGATAN.
  1. Jika ada tindakbalas kegatalan, Insya Allah akan selesai dalam masa 3 hari [jika ada]
  2. Jika muntah, biarkanlah, biarkan muntah keluar [lagi baik]
  3. Jika demam, Insya Allah takkan lama [jika demam panas guna kaedah petua orang tua merawat demam]
  4. Jika mengalami kesan-kesan lebam pada badan/ sendi, abaikan Insya Allah akan pulih dalam masa 3 - 5 hari [biasanya masalah sihir/ saka]
  5. Jika berterusan sendawa, itu petanda yang bagus, teruskan penggunaan Sabun al-Bayt ini.
  6. Elakkan berkongsi Sabun al-Bayt ini dengan orang lain [1 pesakit : 1 Sabun al-Bayt]

PANDUAN MENGGUNAKANNYA

1- Buat mandian seperti sabun yang biasa digunakan, digunakan ke seluruh badan [termasuk kepala yer!]
2- Bermain-main dengan buih sabun pada badan sekitar 5 minit kemudian mandi macam biasa.
3- Seeloknya gunakan sabun ini sahaja sepanjang sesi rawatan


HEALING CRISIS/ KESAN-KESAN



1- Dengan izin Allah Taala jua.

2- Bergantung pada gangguan yang ada pada badan yang berkenaan.

3- Masalah sihir/ saka : akan rasa badan berpijar/ nak demam/ biru-biru pada sendi badan [mohon sabar yer].

4- Ada yang akan sendawa sahaja sepanjang penggunaan Sabun al-Bayt ini.

5- Ada juga yang gatal-gatal pada badan.


NASIHAT


1- Doa padaNya sepanjang penggunaan Sabun al-Bayt ini agar dikeluarkan semua gangguan/ pulihkan semua penyakit [Insya Allah]

2- Teruskan menggunakan Sabun al-Bayt ini walau apa jua keadaan tuan/puan.

3- Elakkan berkongsi sabun ini dengan orang lain [1 pesakit : 1 Sabun al-Bayt]


TESTIMONI

 KES 1
Ini adalah testimoni yang apabila pembeli@ pengguna Sabun al-Baytmembeli secara berdepan dengan ana, mereka memberikan respons yang berlainan.

Hari ini 30 April, seorang pembeli @ pengguna Sabun al-Bayt sedang asyik dia bertanyakan itu ini berkaitan Sabun al-Bayt, dengan tiba-tiba dia mengatakan pada ana frasa ayat yang bukan dirinya melafazkannya iaitu "Aku rasa nak tikam jer Ustaz Rosdi ni"... terkejut dengan apa yang dikatakannya, ana menasihatkan dia beredar dari ruang legar pejabat [dengan ayat yang berlapiklah]

Bimbang jugak, hehehe.

Itulah ujian bagi kita yang nak membantu mereka yang ada masalah gangguan makhluk halus/ jin. Tidaklah disukai oleh mereka.

Jadi tiada salah kita berikhtiar dengan herba alam semulajadi yang dijadikan oleh Allah Taala untuk kebaikan manusia. Bagi yang berfikir akan kebesaranNya! WALLAHU ALAM

KES 2
FEEDBACK 2 pengguna SABUN AL BAYT : Seorang pengguna dari Kajang, di Institut Latihan KWSP repeat order dengan Sabun al-Bayt dan Sabun Nuur Aura al-Bayt [SNAB], katanya, dia serasi dengan kedua jenis sabun ini. Apabila diberitahu TIB membuat promosi Sabun Nuur Aura, lantas ditambah ordernya.

Moga Puan Habsah istiqamah dan teruskan penggunaan Sabun alBayt dan Produk TIB yang lain. Insya Allah, dalam 2 minggu lagi akan TIB keluarkan 1 produk yang baharu sebagai ikhtiar rawatan gangguan dan masalah kulit sensitif juag [tanpa bahan Limau Purut - permintaan mereka yang terkena Santau]

Seterusnya pengguna yang kedua dari Kluang Johor, Cik N katanya, selepas menggunakan Sabun al-Bayt badannya kegatalan dan mukanya juga menjadi sedikit merah, dia menghubungi ana dan ana nasihatkan terus menggunakan Sabun al-Bayt kerana itu healing process namanya [menunjukkan gangguan berkenaan bertindak balas dengan Sabun al-Bayt]. Itu rezekinya dan ana nasihatkan Cik N mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam berhampiran, dan ana cadangkan ke Terapi Islam al-Barokah kerana di JB ana tak tau sangat Pusat Rawatan Islam yang lain.

KES 3
KUSAM DAN JERAWAT: Ini share dari rakan-rakan FB. Kata Puan/ Cik Nur Aimi Yasmin Kamarbashrudin:
Salam, saya merupakan pengguna Sabun al-Bayt... sabun ini berhasil memutihkan muka saya yang kusam berjerawat. Alhamdulillah, saya akan tetap menggunakan Sabun al-Bayt sampai bila-bila.

KES 4
WAJAH MAKIN CERAH: Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Segalanya milik Allah Taala.

Bagi tujuan testimoni kali ini, feedback yang ana dapat ni dah lama, tapi kali ini baharu nak menaipnya. Sabun al-Bayt, bagi yang betul-betul menggunakannya bi iz niLLAH, mampu mencerahkan kulit wajah. 

Pertama:
Dealer Pn Idah, antara yang terawal menyatakan hal ini kepada pengurusan TIB ketika beliau datang berkunjung ke rumah ana bagi tujuan berbekam dengan zaujah ana.

Kedua:
Adik ana yang berada di KUIS, Selangor, menyatakan yang kawan-kawannya yang menggunakan sepenuhnya Sabun al-Bayt menampakkan kawan-kawannya semakin cerah raut wajahnya.

Ketiga:
Anak kepada stokis TIB di Terengganu menyatakan perkara yang sama buat suaminya, apabila suaminya menggunakan Sabun al-Bayt dan Sabun Resdung. Wajah suaminya makin cerah dan resdungnya berkurangan terus!

Alhamdulillah! Bagi yang berminat boleh mencari Produk TIB dengan dealer yang ada di seluruh Malaysia In Sya Allah!


KES 5
Alhamdulillah, dengan izinNya jua, herba atau bahan alam yang Allah Taala jadikan di dunia ini, yang tumbuh melata di atas bumi ini sebenarnya bahan terbaik untuk pelbagai masalah yang berkaitan manusia. Ini kerana tiadalah Allah Taala jadikan sesuatu sia-sia sahaja. Yang paling UTAMA ialah berusaha, berikhtiar seterusnya sama-sama bertawakkal padaNya, Yang Maha Menyembuhkan segala macam penyakit. Bi izniLLAH.

Kisah ini ana nukilkan sebagai motivasi bagi yang diluar sana supaya jangan jemu berikhtiar dan berusaha melawan penyakit! itulah kita, hakikat hambaNya yang mana sebagai hamba tiadalah layak untuk kita mempersoalakan ujian yang Dia kenakan kepada kita. Kita hambaNya.

Seorang ayah dan ibu pada asalnya datang rawatan di PEBATAP di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, rujuk http://muallijbtp.blogspot.com, anak gadisnya mengalami masalah gangguan berkaitan binatang iaitu ular, seluruh badan anak gadisnya bersisik yang amat teruk, dan kedua belah matanya pun sebijik seperti mata ular, masya ALLAH! 

Usai rawatan [tak nak ceritakan sesi rawatan kali ini], ana memaksa ayahnya membeli Sabun al-Bayt dengan menyatakan kepada ayah ibu anak gadis berkenaan, kita ikhtiar tuan, setakat ini Sabun al-Bayt memang berkesan dengan izinNya jua bagi yang bermasalah kulit [ana kesiankan anak gadisnya, memang agak kronik kulit anak gadisnya]. Dengan berat hati ayahnya mengeluarkan duit dan membelinya! Selang 2 minggu anak gadis ini datang lagi rawatan dan ayahnya membeli lagi 2 buku Sabun al-Bayt! Ana tanya kenapa? Katanya anaknya dah tak menggaru-garu lagi malam dan ketika tidur! Bi izniLLAH kata ana.

Semalam 24 Feb 2013, ayah anak gadis berkenaan menelefon dan bertanya adakah ana ke masjid arini? [hampir sebulan ana tak ke rawatan di masjid kerana ada program dengan KPM], ana menyatakan in sya Allah akan ada. Selepas Asar si ayah berkenaan sampai, dan Alhamdulillah, si ayah berkenaan borong 10 buku [ana diskaunkan sikit hehehe] dan bertanyakan perihal anak gadisnya dan si ayah menyatakan Alhamdulillah banyak sangat dah perubahannya. Alhamdulillah. Nama si ayah ialah Abd Rahman [Kuala Lumpur] no tel : ana tak nyatakan lah bagi memberi privasi bagi keluarga berkenaan. Wallahu a'lam!


KES 6
Pagi ini 18 Feb 2013, menerima mesej dari pengguna Sabun al-Bayt di Singapura, menyatakan rasa syukur pada Allah Taala kerana sepanjang dia menggunakan Sabun al-Bayt, rasa sakit pada seluruh badannya berkurangan! Ikhtiar Puan jawab saya, tiada salah kita berikhtiar.

Sekarang Puan berkenaan hadiahkan Sabun al-Bayt buat ibunya dan adik beradiknya, dan saya serahkan order kepada Dealer TIB di Johor. 


KES 7
RESDUNG OK! : Pada 1 Januari 2013, menghantar Sabun al-Bayt ke Puncak Alam, Selangor, untuk Puan Idah Aziz [kakak Jue Aziz pelakon] antara dealer produk TIB yang terawal. Bersembang dengannya bersama isteri dan anak-anak ana di kedai makannya yang bernama Kedai Makan Che Gu di Medan Selera Puncak Alam.

Katanya, yang menggunakan Sabun al-Bayt, Alhamdulillah dengan izinNya mampu merawat masalah resdung kronik seorang makcik, ana terkejut jugak dengan testimoni berkenaan! Ana mengucapkan Alhamdulillah pujian bagiNya yang mana asalnya ana keluarkan Sabun al-Bayt hanyalah kerana ingin membantu mereka yang terkena masalah gangguan makhluk halus sahaja melalui herba-herba terpilih, bak kata cef nak masak pun kene ada teknik, KUKUS GRILL PANGGANG, KUKUS GRIL PANGGANG, KUKUS hehehe!

Puan Idah juga menceritakan beberapa perkara berkaitan alam makhlukhalus yang di  alaminya, Alhamdulillah, dengan izinNya jua, dan barokahnya beramal dengan zikir-zikir tertentu dan amalan membaca al-Quran!

Terima kasih bagi yang tiada jemu mengorder Sabun al-Bayt dan Produk TIB yang lain! Mencari ikhtiar kesembuhan wajib bagi kita!


KES 8
MASALAH LUTUT SELAMA 6 BULAN: Syukur Syukur ... Segala pujian hanya bagiNya, tiada jemu berselawat buat Rasulullah SAW.


Ini adalah testimoni terkini berkaitan pengguna Sabun al-Bayt keluaran Terapi Islam al-Bayt. Alhamdulillah, pesakit ini maybe seorang guru, maaflah ana tak pernah tanya pekerjaan pengguna Sabun al-Bayt, namun puan ini mengucapkan jutaan terima kasih dengan kemunculan Sabun al-Bayt, dia merasakan badannya kembali segar selepas selesai mandi dengan menggunakan Sabun al-Bayt.



Puan ini menceritakan, dia mengalami masalah sakit lutut yang dah lama, hampir 6 bulan dah dia menghidapinya. Kesukaran baginya untuk berjalan, berat langkah kakinya. Dah banyak tempat jugak dia pergi untuk dapatkan rawatan dan dah malas nak makan ubat hospital katanya. Dan dia beralih kepada produk Rawatan Islam. 



Puan ini tinggal di Tasek Gelugor Pulau Pinang dan setakat ini ana tuliskan kisahnya dulu, belum dapatkan persetujuan untuk sertakan nama dan no telefonnya jika ada yang nak bertanyakan. Insya Allah sedikit masa lagi. 



Terima kasih buat puan yang menggunakan Sabun al-Bayt. Katanya ini kali kedua dia mengorder Sabun al-Bayt plus Sabun Nuur Aura setelah menelefon dealer TIB di Penang tidak berbalas katanya [maybe En.Ahmad Salimi sibuk sikit kot hehehe].



Khasiat Sabun al-Bayt berbeza mengikut keadaan mereka yang menggunakannya. Rezeki masing-masing. Rahsia dalam Rahsia.

KES 9
KETULAN DARAH - TAFRIQ: Syukur Syukur ... Segala pujian hanya bagiNya, tiada jemu berselawat buat Rasulullah SAW.

Ini adalah testimoni terkini berkaitan pengguna Sabun al-Bayt keluaran Terapi Islam al-Bayt. Alhamdulillah, pesakit ini maybe seorang guru, maaflah ana tak pernah tanya pekerjaan pengguna Sabun al-Bayt, namun puan ini mengucapkan jutaan terima kasih dengan kemunculan Sabun al-Bayt, dia merasakan badannya kembali segar selepas selesai mandi dengan menggunakan Sabun al-Bayt.

Puan ini menceritakan, dia mengalami masalah sakit lutut yang dah lama, hampir 6 bulan dah dia menghidapinya. Kesukaran baginya untuk berjalan, berat langkah kakinya. Dah banyak tempat jugak dia pergi untuk dapatkan rawatan dan dah malas nak makan ubat hospital katanya. Dan dia beralih kepada produk Rawatan Islam. 

Puan ini tinggal di Tasek Gelugor Pulau Pinang dan setakat ini ana tuliskan kisahnya dulu, belum dapatkan persetujuan untuk sertakan nama dan no telefonnya jika ada yang nak bertanyakan. Insya Allah sedikit masa lagi. 

Terima kasih buat puan yang menggunakan Sabun al-Bayt. Katanya ini kali kedua dia mengorder Sabun al-Bayt plus Sabun Nuur Aura setelah menelefon dealer TIB di Penang tidak berbalas katanya [maybe En.Ahmad Salimi sibuk sikit kot hehehe].

Khasiat Sabun al-Bayt berbeza mengikut keadaan mereka yang menggunakannya. Rezeki masing-masing. Rahsia dalam Rahsia.


KES 10
KEPUTIHAN DAN KUDIS DI KEPALA :Testimoni kali ini lebih kepada Khasiat Tersembunyi Sabun al-Bayt, jiran saya, Abang Raof [jalan 6/4, BTP] menceritakan bahawa, Sabun al-Bayt yang anak perempuannya gunakan, memberikan impak yang mengejutkan, selama ini Ustaz Rosdi jangkakan masalah keputihan wanita hanya boleh dirawat dengan Sabun Belireh/ Sabun Sireh sahaja, tetapi Sabun al-Bayt juga memberikan kesan yang sama. Alhamdulillah, multifunction betul Sabun Belireh ini, kata sahabat ana.

Anak lelaki jiran Ustaz Rosdi pun sama, tapi bukan keputihanlah, tetapi masalah kudis di kepala, maklumlah budak-budak remaja, guna syampoo/ minyak rambut yang berkimia, akhir sekali, campur-camur penggunaannya mengakibatkan kudis-kudis di kepala. Jiran ana menceritakan, anak lelakinya itu menggunakan Sabun al-Bayt ketika mandian, dalam 3 hari, kudis tadi kering, kes ini tiada mengejutkan Ustaz sangat kerana, masalah penyakit kaki, tangan dan mulut kanak-kanak pun dengan izinNya jua boleh disembuhkan, apatah lagi kudis di kepala. Subhanallah, Maha Suci Allah, Dia menyediakan pelbagai bahan herba kepada makhluknya yang bernama manusia di atas muka bumi ini untuk kegunaan hambaNya.


KES 11
MASALAH JERAGAT DI MUKA :     Alhamdulillah ustaz, semenjak menggunakan Sabun al-Bayt ini, masalah jeragat di muka telah hilang, ana bertanyakan akak buat macam mana? Dia nyatakan bahawa, akak gunakan buih Sabun al-Bayt dan akak buat sebagai masker sebelum tidur. 
Jadi yang ada masalah gatal-gatal di muka [resdung] dan jeragat atau jerawat, gunalah Sabun al-Bayt sebagai mask sebelum tidur, Insya Allah kesembuhan dariNya jua. Tiada salah kita berikhtiar.
CARA SIMPAN SABUN

Sedikit penerangan berkaitan semua sabun [al-Bayt/ Belireh/ Resdung/ Marigold/ Sireh] yang dipasarkan, memandangkan ianya adalah hand made soap, cara menyimpannya adalah sebagaimana berikut:
1.Simpan di suhu bilik [elakkan letak/ simpan dalam bilik air]
2.Jika sabun bertukar lembek [lembut] keluarkan dari bilik air, letakkan pada suhu bilik Insya Allah akan bertukar keras/ pejal semula.
Wallahu a'lam.




KHATAMUN NUBUWWAH








Saturday 1 June 2013

CUKA EPAL MADU

CUKA EPAL MADU


RM30 sebotol 
termasuk
KOS PENGHANTARAN
*Cuka epal madu tidak berapa masam seperti cuka epal sohro.






Senarai khasiat cuka epal dan madu adalah seperti dibawah:
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemaK
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


Cuka apple digunakan sejak 400BC oleh Hippocrates (bapa perubatan moden) sebagai tonik tenaga dan penyembuh

"Since 400BC, Hippocrates, the father of modern medicine, and others, have used vinegar and vinegar mixed with honey, as an energizing tonic and a healing elixir"


Julius Ceaser menggunakan cuka epal sebagai tonik untuk tenaga dan kekal sihat dan pahlawan Samurai jepun menggunakannya sebagai minuman tenaga


InsyaAllah manfaat Cuka Epal:



Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318). 

1. Melambatkan proses penuaan dan mengimbangi keasidan dalam tubuh kerana asid tinggi menyebabkan mengantuk dan malas.

2. Memecahkan pembentukan kolesterol dalam darah

3. Memberi kesan baik pada rambut kerana mengimbagi pH level dan membunuh bakteria-membantu masalah rambut gugur dan kelemumur.[Petua:campur 1 sudu untuk sukatan 1 cawan air , gunakan untuk bilasan terakhir selepas menggunakan syampu dan kemudian bilas, 2 kali seminggu, lebih jika anda perlukan tetapi jangan setiap hari]

4. Mengawal tekanan darah tinggi dan gout.

5. Meningkatkan metabolisma badan serta membantu menurunkan berat badan.

[Petua: letak 2 sudu cuka bersama air 3 kali sehari sebelum makan]

6. Membersihkan buah pinggang

7. Menghilangkan sakit tekak,athma dan resdung. 

8. Membantu pemasalah pencernaan dengan membunuh parasit di dalam perut . 

9. Walau bersifat asid, tetapi dapat mengalkalikan badan , sesuai untuk penghidap gastrik.

10. Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan kepenatan selepas bersenam.

11. Membantu menghilangkan jerawat kerana fungsi sebagai anti bakteria, mengimbangi pH kulit dan menyerap lebihan minyak.

12. [Petua: selain minum,boleh dijadikan toner -1 bahagian untuk cuka, 2-3 bahagian air, tinggalkan 10 minit kemuadian bilas,3 kali sehari]

13. Meningkatkan sistem imun badan 

14. Mencegah alergik.

15. Meningkatkan daya ingatan. 

16. Menghilangkan selulit.

[Petua: Untuk sapu, letak 3 bahagian cuka dan 1 bahagian minyak urutan anda, 2 kali sehari]

#Cara minum: 1-2 sudu bersama secawan air, 2-3 kali sehari semasa perut kosong/sebelum makan. Sekiranya anda tidak tahan masam, boleh campurkan di dalam Pati Delima,jus buah, teh dan paling baik ialah madu yang diletak di dalam air.

Kandungan: 500ml