Sunday 9 June 2013

PECAH BELING HERBS

DAUN DAN UNCANG PECAH BELING
PENAWAR TERBAIK 
BATU KARANG & BATU DLM HEMPEDU!!!

Berita baik untuk mereka yang menderita batu karang dan batu di dalam hempedu! Kami ada menjual herba ini dalam bentuk daun atau bunjut atau uncang. 




Nama Saintifik: Strobilanthes crispus
Keluarga: Acanthacea


HARGA : RM2/bunjut


Nama Lain:- Pecah kaca atau pokok pecah beling, jin batu (Malaysia), pecah beling,enyoh kilo, Keci beling atau kejibeling, pokok Batu Karang (Indonesia), sambung getah, (Jawa), remek, reundeu beureum (tanah pasundan). lire (ternate), 黑面将 (sebut sebagai “hei mian jiang jun”) General Muka Hitam / Black face general (Cina).


PENGENALAN
Strobilanthes crispus, tumbuhan ubatan ini dikenali sebagai "Pecah Kaca” dalam bahasa Melayu kerana bunyi daunnya apabila dihancurkan menyerupai bunyi seperti kaca dipecahkan. Ia dari keluarga Acanthaceae yang berasal dari negara tropika seperti Madagascar dan kepulauan Tanah Melayu. Strobilanthes crispus boleh didapati di tebing sungai dan dipadang padang terbiar. ia amat mudah dikelirukan dengan spesies lain cusia Strobilanthes atau Assam Indigo. Kedua-duanya kelihatan serupa tetapi perbezaan utama adalah pada warna bunga.  Assam Indigo menghasilkan bunga berwarna ungu manakala Pecah kaca / beling menghasilkan bunga berwarna kuning, Walau bagaimanapun, ia amat jarang menghasilkan bunga sepanjang tahun.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molikul yang mampu merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.


Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol). Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan perebakkan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan kanser hati dari menjadi lebih serius bagi tikus yang dijangkiti kanser hati.
Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap. Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang dijangkiti diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

KHASIAT DAN KEGUNAAN






  1. Mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. (Kajian UPM)
  2. Ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencat pertumbuhan sel kanser kolon, hati dan buah dada secara semulajadi tanpa kesan sampingan. (Kajian UPM)
  3. Daunnya yang dijadikan teh menunjukkan tahap antioksidan yang tinggi berkesan menurunkan paras gula dalam darah. (Kajian UPM).
  4. Daun tanaman ini selain direbus untuk diminum airnya, ia juga boleh dimakan sebagai salad dan digunakan untuk mengatasi tubuh yang gatal kerana ulat bulu atau semut hitam, caranya dengan mengoleskan daun nya langsung kebagian yang gatal.
  5. Untuk mengatasi cirit-birit, disentri, seluruh bagian dari tanaman ini direbus, selama lebih kurang setengah jam, kemudian airnya diminum.
  6. Daun pecah beling juga dapat mengatasi kencing manis dengan cara dimakan sebagai salad secara teratur setiap hari.
  7. Demikian pula untuk mengubai penyakit hati (sakit kuning), ambien (buasir) dan maag dengan cara dimakan secara teratur.
  8. Penggunaan ekstrak daun sebagai teh herba menyumbang kepadanutrien tambahan dan antioksidan yang diperlukan di dalam tubuh bagi meningkatkan sistem pertahananterutamanya ke arah insiden penyakit-penyakit degeneratif.
Di Indonesia, daun pecah beling digunakan secara tradisi untuk rawatanantikanser, kencing manis,

rawatan fibroid rahim, leukimia, patukan ular dan batu karang.
CARA PENYEDIAANNYA
Selain itu, penyediaan secara tradisional sebagai penawar bagi penyakit  seperti: Tumor, Diabetes melitus, Lever (Sakit kuning), Ambeien (Wasir); Kolesterol, Maag, Kena bisa ulat dan Semut hitam;
1. Tumor

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: Ikan Asin, cabai, tauge, sawi putih, kangkung, nanas, durian, lengkong, nangka, es, alkohol dan tapai, limun dan vitzin.
2. Diabetes Mellitus

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: makanan yang manis-manis.
3.  Liver (sakit Kuning)

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: makanan yang mengandung lemak.
4.  Ambeien (buasir)

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: Daging kambing dan makanan/masakan yang pedas.
5.  Kolesterol tinggi

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: makanan yang berlemak.
6.  Maag

Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai.

Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur.
Pantangan: makanan pedas atau asam.
7.  Kena Bisa Ulat dan Semut Hitam

Bahan: Daun pecah beling segar 1 helai.

Cara Pemakaian: digosokkan pada bagian tubuh yang gatal hingga daun tersebut mengeluarkan air dan hancur. Dilakukan 2 kali setelah berselang 2 jam.

8. Skit Pinggang
Pohon pecah beling biasanya mudah tumbuh di merata tempat. Ambil 10 helai daunnya, dan direbus setelah dicuci, Biarkan sampai mendidih, kemudian diangkat, Di sejukkan selama dua jam, dan air rebusan itu diminum satu gelas tiga kali sehari.

3 comments:

  1. daun pecah beling juga boleh menjadi penawar penyakit kanser, tetapi perlu disinergikan dengan herba yang lain....

    ReplyDelete
  2. saya ada menjual daun pecah kaca atau daun pecah beling yang kering atau yang basah... whatsapp 0197234228

    ReplyDelete
  3. saya ada menjual daun pecah kaca atau daun pecah beling yang kering atau yang basah... whatsapp 0197234228

    ReplyDelete