Tuesday 26 March 2013

Buah Zuriat


Buah Zuriat  dari Makkah




Dua biji cuma RM25 termasuk 
pos seluruh Malaysia!


Buah Zuriat juga dikenali sebagai Buah Hawa atau Buah Adam merupakan buah yang sangat popular di kalangan jemaah haji dan umrah. Di negara Arab buah ini dikenali sebagai Doum. Di Mekah dan Madinah, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.


Cara Makan Buah Zuriat

Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama


Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.




Cara Kedua


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.


(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)


Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W


Selain daripada itu.....ada juga menggunakan teknik lain seperti dibawah.


Diamalkan pemakanannya secara berpasang juga (suami-isteri).
Minta bantuan suami hiris kulit buah zuriat dengan gergaji kecil dengan nipis-nipis dan kemudian belah buah zuriat.
Ambil isinya dan ketuk dengan lesung batu yang dibalut kain.
Pecahkan isinya kepada empat bahagian dan rebus dalam air dan ulangi sampailah hilang khasiat dan rasanya.
Agak2 la rebusnya tu. Bila habis sok boleh rebus semula.
Airnya diminum suami isteri selama 44 hari atau sehingga mengandung

Pada hari pertama haid kedua-dua suami dan isteri perlu mengambil kulit yang dihiris itu dan makan sambil minum segelas airnya .
Bacalah selawat 3 x dan surah dari ayat 38 dari surah Ali Imran

"Rabbi habli min ladunka zuriyyatan toiyiban innaka sammi'uddua'"

Untuk bacaan dan sebutan yang lebih tepat sila rujuk Al Qur'an.
Baca sebanyak 3 kali dan buat dua kali sehari kalau boleh sampai habis.
Pada hari ke-8 selepas haid dianjurkan berpuasa 3 hari berturut-turut dan sebelum berbuka bacalah doa yang tersebut di atas.

Cuba bersama bulan itu pada hari subur.
Kita berikhtiar namun Allah jua menentukan . 
Semoga Allah membantu kita semua,
amin.

AMALANNYA:
Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:

1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:

"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana."

No comments:

Post a Comment