Pernahkah anda mendengar minyak argan?
Minyak argan ialah minyak semulajadi yang termahal di dunia kerana khasiatnya untuk kecantikan dan awet muda. Minyak ini telah diketahui khasiatnya di kalangan penduduk di negara Maghribi (Morocco) sejak 8000 SM lagi, dan ia juga telah digunakan oleh Cleopatra yang terkenal dengan kecantikannya di Mesir pada zaman dulu. Sekarang, pokok argan merupakan salah satu pokok yang dilindungi oleh UNESCO kerana dikhuatiri akan kepupusannya.
Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok argan yang penuh dengan khasiat semula jadi untuk kosmetik dan juga kesihatan tubuh badan manusia dalaman dan luaran. Pokok Argan yang tergolong dalam spesis randa dapat hidup dalam cuaca dan keadaan muka bumi yang kemarau dan kontang di bahagian barat daya Maghribi menjadikan ianya sangat istimewa dan unik dan amat sukar untuk di biakkan atau di tanam di bahagian-bahagian lain Maghribi ataupun negara lain.Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara dan kini terancam dan di bawah perlindungan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization(UNESCO). Pokok Argan tumbuh meliar di semi- padang pasir dengan sistem akar yang dalam dapat membantu melindungi hakisan tanah di utara Sahara. Tumbuhan unik ini hidup di kawasan yang meliputi dataran Intramontane yang luas lebih daripada 2,560,000 hektar, yang bersempadan dengan High Atlas dan Little Atlas Mountains dan terbuka kepada Atlantik di barat. Minyak Argan kekal salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.Minyak argan mengandungi bahan anti-oksidan dan bahan aktif triterpenoids yang sangat tinggi yang menjadikannya sangat berkhasiat terutamanya bagi anti-penuaan, mengurangkan kulit berkedut, mengubati pelbagai penyakit kulit seperti eczema, kurap, jerawat, kulit kering, dsb., di samping mengubati dan menghalang kelemumur dan rambut gugur.
No comments:
Post a Comment